fbpx

Cikgu Azri

Ciri bahan pembelajaran matematik terbaik

Penat mencari bahan sokongan terbaik untuk cemerlang dalam Matematik?

Dalam dunia Matematik, ada begitu banyak bahan bantu belajar disediakan. Buku, Nota padat, Video, Latih tubi, malah ‘permainan video’  matematik.

Semua bahan yang disediakan ini amat bagus. Masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.

Namun, satu soalan yang sering ditanya oleh kita ialah, apakah ciri bahan pembelajaran Matematik yang terbaik? 

Ciri #1 : Ada Tutorial Video.

Matematik adalah satu ilmu yang memerlukan penerangan berperingkat / step by step.

Walaupun jalankerja disediakan, kadang-kadang kita masih susah nak faham, tambah-tambah kalau topik baru.

Jadi, kemudahan dan teknologi moden telah memudahkan kita mendapatkan video penerangan Matematik yang boleh kita ikuti dengan kelajuan kita sendiri.

Sebab itu, video tutorial adalah amat berkesan dalam pembelajaran Matematik.  

Ciri #2 : Jalan kerja lengkap.

Dengan video penerangan, kita dah mula faham selok belok pengiraan dengan baik.

Ditambah lagi dengan jalan kerja yang lengkap dan tersusun. Pasti akan memudahkan pemahaman kita.

Tanpa jalan kerja yang lengkap. Susah kita nak hafal aturan / flow pengiraan dengan baik.

Tanpa jalan kerja yang teratur, ada kemungkinan untuk kita kehilangan markah atau tersalah formula. 

Oleh itu, sangat penting untuk kita memilih bahan Matematik yang menyediakan jalan kerja yang kemas, tersusun, terperinci dan sistematik.

CIRI #3 : LATIH TUBI BERJAWAPAN.

Setelah kita memahami konsep dan pandai menyusun jalankerja. Latih tubi amatlah diperlukan untuk mengekalkan kecekapan kita.

Pelajar yang mudah faham dan berbakat dalam Matematik juga akan menghadapi masalah dalam peperiksaan jika tidak cukup latih tubi.

Manakala, pelajar sederhana yang rajin membuat latih tubi terbukti mendapat skor yang lebih tinggi dalam peperiksaan.

Kesimpulannya, Latih tubi adalah penentu pencapaian matematik kita.

CIRI #4 : UJIAN PENTAKSIRAN.

Kita mesti ada rekod pencapaian untuk kekal konsisten dalam Matematik.

Bahan bantu belajar yang mempunyai ujian pentaksiran adalah bagus kerana kita dapat mengetahui sejauh mana tahap penguasaan kita.

Dalam era moden ini, kita disyorkan mendapatkan bahan bantu belajar yang membolehkan kita membuat pentaksiran online dan memberikan markah serta merta.

Gunakan kemudahan yang ada ini untuk memudah/mempercepat proses pelajaran kita.

CIRI #5 : TESTIMONI YANG BANYAK👍

Secara logiknya, bahan bantu belajar yang berkualiti mempunyai harga yang jauh lebih tinggi daripada bahan biasa.

Tetapi, jika dikira secara kesan jangka panjang. Bahan berkualiti ternyata lebih menjimatkan duit dan masa.

Jadi, untuk memastikan bahan yang dibeli tersebut betul-betul berkualiti. Kita mesti periksa aspek ‘’Proven Success’’nya.

Disinilah testimoni akan memainkan peranan penting. Jika pengeluar bahan pembelajaran tersebut mempunyai bukti testimoni yang banyak, maka 90% kemungkinan bahan yang kita dapatkan itu memang berkesan dan berkualiti.

Dengan cara ini, kita boleh menjimatkan masa dan wang untuk mendapatkan bahan pembelajaran terbaik.  

Artikel Lain

Math Videos

Math video tutorial Easy.Simple.Straight Foward. youtube videos Facebook videos