fbpx

Cikgu Azri

DAH STUDY, TAPI TAK DAPAT A

3 PERKARA YANG SELALU TERLEPAS PANDANG SEMASA BELAJAR MATEMATIK.

💔Nak kata tak study, dah bertimbun buku latihan dihabiskan.

💔Nak kata malas, dah 3 jam sehari melekat dekat meja study.

💔Tapi…kenapa masih tak dapat markah yang kita nak?

💔Senang kata, kenapa still tak dapat A?

Dalam perbincangan kali ini, kita perhalusi terlebih dahulu perkara apa yang terlepas pandang semasa kita sedang gigih berlajar.

Sekiranya, ada pandangan yang berbeza tentang fakta yang dihuraikan ini, tidak mengapa. Kita akan selidik dan kaji lagi dengan lebih mendalam.

sebab NO.1 : TERLALU FOKUS PADA TOPIK YANG SAMA.

Kenyataannya, ramai pelajar yang study tanpa perancangan tersusun.

Tiada pembahagian topik dan masa.

Bila bercakap tentang belajar ni, pembahagian topik dan masa mesti diambil berat sebab inilah dia yang menentukan matlamat belajar kita berjaya atau gagal.

Perlu kita ingat, pembahagian topik dan masa adalah strategi belajar yang terbaik.

Kita tak boleh main hentam topik apa yang perlu dipelajari. Kita kena buat keputusan  merujuk kepada jadual pembahagian masa & topik.    

Contoh : Anggap matlamat kita ialah nak study 3 topik dalam tempoh sebulan.

Apakah pembahagian topik dan masa yang bagus untuk mencapai matlamat kita?

 

📍Bagi mencapai penguasaan 3 topik sebulan, kita boleh buat begini :

🧮Study 3 topik untuk 10 hari, Buat latihan untuk 10 hari, Jawap soalan klon peperiksaan untuk 10 hari.

🧮Study 3 topik untuk 15 hari, Buat latihan untuk 8 hari dan jawap soalan klon peperiksaan untuk 7 hari.

🧮Study 3 topik untuk 10 hari, Buat latihan untuk 15 hari & Jawap soalan klon peperiksaan untuk 5 hari.

🧮Study 3 topik untuk 20 hari, Buat latihan untuk 5 hari dan jawap soalan klon peperiksaan untuk 5 hari.

🧮Dan kaedah lain yang dianggap sesuai dengan cara belajar kita.

Perasan tak satu benda? Bila kita ubah masa study, masa latihan juga akan berubah. Bila kita ubah masa jawap soalan klon peperiksaan, secara automatik, masa study juga akan berubah.

Kita tak boleh study sahaja sampai 25 hari, sebab tak mungkin kita sempat nak buat latihan dan jawap soalan klon peperiksaan dalam 5 hari sahaja.

Kita juga tak boleh seronok buat latihan dan jawap soalan klon peperiksaan sahaja selama 25 hari, sebab mustahil untuk kita study dan menguasai 3 topik dalam 5 hari.

Jelas kan. Kedua-dua keadaan ini adalah situasi ekstrim.

Jadi, kita akan buat pembahagian topik dan masa secara seimbang mengikut kesesuaian cara berlajar kita.

Bila kita dapat pembahagian topik dan masa yang seimbang, barulah aktiviti study dan revisi kita teratur dan sistematik.   

Pembahagian ini sebaik-baiknya dibuat sebelum kita mulakan aktiviti study dan kita adjust ikut kesesuaian.

Sebab tak semestinya setiap topik akan ambil masa yang sama.

 

📍Soalan renungan sebelum belajar…

🧮Adakah kita dah jelas dengan matlamat belajar? 

(Contoh, kuasai 3 topik dalam 30 hari)

🧮Adakah kita telah buat pembahagian masa dan topik untuk mencapai matlamat belajar?  

🧮Topik dan masa yang kita tetapkan. Adakah logik dicapai?

(Tidak terlampau susah dan tidak senang)

Artikel Lain

Math Videos

Math video tutorial Easy.Simple.Straight Foward. youtube videos Facebook videos