fbpx

Cikgu Azri

DAH STUDY, TAPI TAK DAPAT A (PART2)

sebab NO.2 : TERLALU FOKUS PADA KUANTITI LATIHAN.

Lebih kurang seperti sebab pertama tadi, Tidak membuat pembahagian. Kali ini, pembahagian antara latihan dan semakan.

Ramai pelajar sekadar fokus pada soalan ‘’berapa banyak buku?, berapa banyak set boleh dihabiskan?’’ dalam aktiviti study mereka.

Buat 1 buku latihtubi, ada 10 set latihan.  Habiskan dalam sebulan.

Wow, sebulan dapat buat 10 set latihan. Bestnya!

Tenang, Sabar…sebenarnya kita baru ‘buat’ latihan sahaja.

Realiti sebenar dalam study, kita ada cantuman beberapa komponen lagi

⚠️Belajar & fahami konsep

⚠️Ambil nota & formula

⚠️Buat latihan

⚠️Semak jawapan

⚠️Semak jalankerja

⚠️Buat pembetulan

⚠️Buat nota peringatan kesalahan

Semua ini komponen penting yang mesti ada dalam aktiviti study kita.

Contoh : Katakan kita nak buat & kuasai 1 set buku Asas Algebra.

 

Kita buat satu kiraan yang simple dulu.

Buku ini ada 4 sub-topik, kita boleh habiskan 2 sub-topik sehari. Jadi 2 hari dah boleh capai matlamat.

Tetapi…

Kita tengok pula secara mendalam.

Buku ini ada tutorial video & nota, jadi kena ambil kira masa untuk melihat tutorial. Bila tengok tutorial, Mestilah kita akan rujuk nota untuk ingat formula dan konsep penting.

Jika buat betul-betul, Aktiviti ini akan ambil masa 2 hari.

Total masa dah jadi 4 hari.

Jom kita tengok lagi dalam.

Buku ini juga ada latih tubi 100 soalan. Kuiz online juga 100 soalan. Mula-mula kita nak buat, mesti kita kena ada bantuan video tutorial dan nota dahulu. Ini akan ambil masa lagi 2 hari.

Dah 6 hari.

Selepas dah buat latih tubi dan kuiz dengan merujuk bahan bantuan belajar kita. Kali ini kita buat secara ‘exam mode’ (Bayangkan kita tengah ambil peperiksaan).

Secara normal, pasti akan ada beberapa soalan yang kita tersalah selepas kita semak jawapan. Kita kena buat pembetulan. Kita juga kena buat nota peringatan atas kesalahan tersebut. Aktiviti ini juga lebih kurang 2 hari.

Kesemua jumlah aktiviti kita dah jadi 8 hari. Jadi pembahagian aktiviti belajar mesti disusun seperti contoh dinyatakan.

 

Soalan renungan sebelum belajar

✅Ada tak pembahagian masa antara latihan dan semakan?

✅Adakah semua komponen belajar dimasukkan dalam aktiviti study?

✅Adakah bahan belajar memenuhi keperluan aktiviti study?

Artikel Lain

Math Videos

Math video tutorial Easy.Simple.Straight Foward. youtube videos Facebook videos