fbpx

Cikgu Azri

DAH STUDY, TAPI TAK DAPAT A (PART3)

sebab NO.3 : TERLALU FOKUS PADA TEKNIK MENJAWAP

Eh? Bukan ke Matematik ni memang kena ada teknik?

Ya betul, Teknik sangat penting dalam Matematik. Tapi, hati-hati ya. Teknik juga boleh jadi satu KESILAPAN BESAR tanpa kita sedar.

Kejayaan matematik boleh bergantung pada teknik. Pada masa yang sama. Kita juga boleh cemerlang dalam matematik tanpa teknik.

kita memang boleh pakai teknik dalam Matematik. Syaratnya, hanya untuk memudahkan kerja dan tambah kefahaman.

Bahayanya ialah, kita terlalu bergantung pada teknik sehingga menganggu proses belajar yang normal. Kita terlampau bergantung pada teknik tapi lupa nak kuasai konsep pengiraan asas.

‘’Kenapa nak belajar yang asas cikgu, pakai teknik ni sekejap ja dah dapat jawapan?’’

Ini soalan pelajar kelas saya semasa ditunjukkan perbandingan konsep asas dan teknik pantas.   

Memang belajar teknik ni pantas, senang dan mudah ingat. Tapi, ada soalan yang kita kena tanya sebelum guna teknik:

♦Adakah teknik itu praktikal? 

♦Boleh tak pakai untuk soalan lain? 

♦Kalau soalan ubah/tambah satu anu, masih boleh ke guna?

Satu realiti dalam peperiksaan:
Markah tetap sama untuk setiap jalan kerja lengkap.

Saya sediakan satu contoh di sini ya…

Katakan kita jawap soalan Ketaksamaan Linear

Kita pon gunalah teknik cucuk & uturn. Sekejap saja dah dapat jawapan.

Seorang pelajar lagi guna teknik asas algebra untuk jawap soalan ini. Dia pon boleh jawap, tapi, ambil masa lebih sedikit.

Adakah ada perbezaan markah jika betul? Tiada beza.

Tapi, kalau soalan ketaksamaan linear itu digabung dengan beberapa anu. Siapa yang untung?

Jika kita hanya mengharapkan teknik cucuk & uturn, kita takkan boleh jawap soalan ini sebab dah ada tambahan anu.

Sebaliknya, pelajar yang menguasai asas algebra boleh jawap tanpa masalah. (Sebab pelajar ini ada asas kukuh & tak harapkan teknik semata-mata)

Soalan renungan sebelum belajar

♦Adakah penguasaan Matematik kita terganggu kerana kebergantungan melampau kepada teknik? (walaupun secara tak sedar)

♦Adakah kita dah kuasai jalankerja asas sebelum belajar teknik ‘shortcut’?

Artikel Lain

Math Videos

Math video tutorial Easy.Simple.Straight Foward. youtube videos Facebook videos