fbpx

Cikgu Azri

Kelas Matematik Percuma

TUAN PUAN mencari kelas matematik yang baik, bagus & berkesan?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Tuan Puan.

Adakah Tuan Puan dah penat mencai kelas Matematik yang berkesan?

Adakah Tuan Puan dah jemu asyik kena paksa anak belajar dan masuk kelas?

Adakah Tuan Puan bimbang dengan tahap pemahaman dan markah pencapaian Matematik anak?

Jika Tuan Puan jawap ya, jemput baca perkongsian ini.

#1 konten pembelajaran yang difahami

Apabila Tuan Puan hendak memilih kelas Matematik ini.

Kita tanya dulu, “Adakah konten kelas ini mudah / boleh difahami anak ?”.

Sebabnya, walaupun kelas itu seronok, menarik dan ada ilmu advance. Semuanya tidak relevan sekiranya konten pembelajarannya tidak boleh difahami anak Tuan Puan.

Jika anak Tuan Puan tidak memahami konten kelas tersebut, maksudnya segala kesitimewaan kelas itu sudah tidak relevan lagi.  

Kunci pertama : Pilih kelas yang mudah/boleh difahami anak.
(cuba satu kelas dulu, kalau anak Tuan Puan cakap boleh faham, baru teruskan)

#2 suasana belajar yang seronok

Ini juga adalah satu faktor penting bila Tuan Puan nak pilih kelas. Secara amnya, kelas itu mestilah menyeronokkan. Mood nak belajar itu sampai. “Enjoyable to learn” 

Eh, kita nak belajar ni.., bukannya nak berseronok.

Dulu saya pon fikir macam ini. Tapi bila kita sendiri masuk kelas yang tak membangkitkan mood untuk belajar…

Hmmmm. Barulah saya faham betapa pentingnya kelas yang mempunyai suasana belajar yang menyeronokkan. 

Kunci kedua : Pilih kelas yang anak “seronok nak belajar. Kelas yang anak Tuan Puan sendiri rasa nak masuk.

#3 bukti peningkatan berkesan

Ada satu ungkapan yang menyatakan, Nombor tidak menipu.

Kita semua akan tengok bukti, kualiti dan prestasi sebelum memilih apa jua produk dan servis.

Kelas Matematik juga tidak terkecuali. Peningkatan yang dikongsi oleh ibu bapa dan pelajar adalah satu “green light” untuk kita memilih kelas tersebut. 

Proses meningkatkan kemahiran dan kecekapan matematik akan memakan masa & wang ringgit. Jadi kita harus memilih yang terbaik untuk tidak perlu mengulang proses yang sama banyak kali.

Kunci ketiga : Pilih kelas yang ada bukti/testimoni dari Ibu bapa dan pelajar.

RECAP “MEMILIH KELAS MATEMATIK YANG BAIK”

✒️KONTEN YANG MUDAH/BOLEH DIFAHAMI

✒️SUASANA BELAJAR YANG SERONOK

✒️ADA BUKTI/TESTIMONI

TERIMA KASIH & JUMPA LAGI😊

Artikel Lain

Math Videos

Math video tutorial Easy.Simple.Straight Foward. youtube videos Facebook videos