fbpx

Cikgu Azri

Terma dan Syarat

Para pelanggan yang dihormati dan dihargai, dengan penuh hormat. Anda dinasihatkan untuk memahami semua terma dan syarat pembelian sebelum membuat sebarang pembelian produk/perkhidmatan cikguazri.com. Selepas anda membeli, bermakna anda telah bersetuju dengan terma dan syarat tanpa paksaan daripada mana-mana pihak.

  1. Polisi Pemulangan : Semua produk/perkhidmatan yang telah dibeli tidak boleh dikembalikan dan tiada jaminan wang dipulangkan kecuali atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan berdasarkan *terma dan syarat. Selepas pembayaran dibuat, pelanggan tidak boleh membatalkan sebarang pesanan yang telah dibuat.
  2. Maklumat Pelanggan : Sebelum membuat pembayaran, pastikan produk/perkhidmatan dan maklumat (billing details) pelanggan seperti nama, nombor telefon dan alamat emel adalah tepat. Dengan penuh hormat, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas kesilapan ketika mengisi maklumat tersebut.
  3. Proses Pengesahan : Selepas membuat pesanan, anda akan menerima emel pengesahan pesanan. Ini mengandungi nombor pesanan, perincian produk/perkhidmatan yang telah anda pesan dan jumlah kos pesanan. Sila muat turun fail PDF yang mengandungi link Group Telegram.
  • Urusniaga : Semua harga produk/perkhidmatan yang dipaparkan di Laman Web adalah dalam Ringgit Malaysia (RM). Harga produk/perkhidmatan tidak termasuk caj perkhidmatan, yang akan ditambahkan pada jumlah harga pesanan anda sebanyak RM1 setiap satu pesanan.
  • Polisi dan Privasi : Kami amat menghargai pelanggan serta privasi mereka. Semua maklumat peribadi yang digunakan adalah untuk memastikan kelancaran proses pesanan anda. Maklumat ini juga digunakan oleh kakitangan kami untuk menghubungi dan mengenal pasti pelanggan serta keperluan mereka. Kami tidak akan memberi, menjual, menyewa, atau meminjamkan apa sahaja maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga
  • Keselamatan : Kami mengambil langkah penjagaan yang munasabah untuk memastikan pesanan anda dan urusniaga dijalankan Laman Web melalui pautan yang selamat. Akan tetapi kami tidak terbabit dalam operasi pautan selamat tersebut, maka kami tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian yang mungkin anda alami jika berlakunya pihak ketiga memperoleh akses dan maklumat yang anda berikan melalui pautan tersebut.
  • Pindaan : Semua terma dan syarat diatas adalah tertakluk kepada pindaan dan boleh berubah dari masa ke semasa untuk proses penambahbaikan perkhidmatan kami.

    Ribuan terima kasih kami ucapkan atas sokongan dan kepercayaan Tuan Puan terhadap perkhidmatan kami. Kami berjanji untuk sentiasa menambah baik kualiti produk, perkhidmatan dan proses pentadbiran kami demi memberikan hanya yang terbaik untuk anda.