fbpx

Cikgu Azri

3 cara tukar c kepada A

cara terpantas untuk dapat a dalam matematik?

Terdapat pelbagai kaedah yang dicadangkan banyak pihak yang kita boleh ikuti untuk mendapatkan keputusan terbaik.

Tetapi..,walaupun dah ikut… markah A masih sukar untuk dicapai.

Adakah cara yang diikuti selama ini tidak sesuai dan tidak tepat?

Adakah kita sekadar buang masa selama ini dalam belajar Matematik?

Jemput baca artikel ini untuk mengetahui cara yang terpantas untuk dapat A dalam Matematik. 

Cara ini ringkas ja sebenarnya, tapi nak buat tu…Fuhh😅

📕STEP ONE
Fahamkan asas Matematik.

 

Secara logik, kita kena naik basikal 4 roda dulu sebelum dapat naik basikal 2 roda.

Samalah dengan Math. Kita wajib faham konsep asas topik terlebih dahulu sebelum pergi lebih jauh. Ada pelbagai cara untuk tujuan ini.

Ada cara yang agak “leceh” seperti baca buku nota sendirian dan ‘’try & error’’ sampai boleh. Sebenarnya cara ini bagus, tapi banyak masa yang diperlukan. Fokus kita nak pantas.

 Cara yang kedua ini pula, sangat jimat masa.

Caranya dapatkan tutor untuk mengajar, menyusun tahap pembelajaran dan memberi pemahaman konsep Matematik.

Cumanya, kita kena spend sedikit masa untuk mencari tutor yang betul-betul bagus. Kita boleh tanya rakan-rakan dan rujuk testimoni yang ada. 

Cuba kelas percuma dulu, kalau serasi, kalau menjadi. Baru daftar.

📗STEP TWO
LATIH TUBI.

 

Setelah faham konsep, (Boleh jadi dengan bantuan tutor atau proses try & error tadi).

Mahu atau tidak, kita jugalah yang kena banyak buat ulangkaji dan latih tubi (Minimum 30 minit sehari) untuk mengukuhkan kefahaman dan kepantasan mengira.

Mengikut pandangan parent/murid kami, Kebanyakkan masa, tak dapat jawap soalan tu sebab tidak cukup masa ja, soalan tu boleh faham dah.

Untuk tambah laju…tambah latih tubi.

📘STEP 3
jawap soalan klon peperiksaan banyak-banyak.

 

Kefahaman dan latih tubi yang mencukupi dah buat kita power. Sekarang, kita buat soalan klon peperiksaan banyak-banyak sehingga kita kenal/sebati dengan konsep,susunan dan kehendak soalan.

Ohh ya. Bila kita buat klon peperiksaan. Jangan skip untuk semak jawapan dan buat pembetulan keatas soalan yang salah. Sangat penting ni.

Kami ada satu cerita ni…

Ada parent beritahu saya anak beliau rajin buat kertas klon peperiksaan. Tetapi Matematik dapat C & D. Kami call & tanya anak beliau, rupanya anak beliau rajin buat soalan tapi tak semak & buat pembetulan.

Sepanjang kami buat kelas math ni, kami dapati cara paling cepat naikkan markah Math ialah buat silap, semak dan perbaiki.

Sekian untuk kali ini.
Terima Kasih.  

🖋RECAP

1. FahamKAN aSAS MATH
2. bUAT LATIHTUBI SECUKUPNYA
3. jAWAP SOALAN KLON PEPERIKSAAN
4. DAPAT A 

Artikel Lain

Math Videos

Math video tutorial Easy.Simple.Straight Foward. youtube videos Facebook videos