fbpx

Cikgu Azri

ULANGKAJI DI PERPUSTAKAAN. HASIL YANG DICARI DAN HAKIKAT SEBENARNYA…

Lumrah kita sebagai pelajar, 2 jam sehari mesti diluangkan sebagai waktu ulangkaji. Selain dari mendisiplinkan diri untuk mematuhi masa ulangkaji, lokasi yang tepat juga memainkan peranan yang sangat penting untuk membantu daya fokus dan produktiviti.

Setiap orang mempunyai keperluan dan kesukaan yang berbeza. Ada mereka yang gemar mengulangkaji dalam bilik sendiri. Ada juga yang suka suasana yang sunyi dan tenang seperti persekitaran perpustakaan.

Aktiviti mengulangkaji di perpustakaan mempunyai kebaikan dan kelemahan yang tersendiri. Kami akan senaraikan beberapa poin utama untuk memudahkan anda merancang sesi ulangkaji yang terbaik.

“CHEAT CODE” UNTUK ULANGKAJI DI PERPUSTAKAAN



#1 Tips khas untuk anda yang mengulangkaji secara individu.

Jika anda lebih suka study secara berseorangan, itu adalah kaedah belajar yang sangat bagus. Tetapi, ada satu masalah besar iaitu, kiita tidak dapat meminjam peralatan/bahan penting dari rakan jika terlupa membawanya. Takkanlah nak minta pinjam charger laptop dekat strangers kan?

Jadi, untuk pastikan sesi ulangkaji kita produktif, pastikan anda telah membawa semua keperluan yang penting dengan bantuan senarai semak. PENTING KUASA DUA YA, sila buat senarai semak/checklist. Selagi tak siap tanda semua bahan yang ada di senarai semak seperti laptop, charger, buku rujukan, alat tulis, earphone dsb,..selagi itulah kita tidak akan bertolak ke perpustakaan.

Jika boleh, pergi perpustakaan di waktu pagi atau hari yang tidak sibuk. Sebolehnya, kita nak elak berjumpa ramai orang. Bonus, cari perpustakaan yang menyediakan bilik belajar. Jika tiada, cari meja yang berada di penjuru perpustakaan untuk mengulangkaji. Lagi bagus kalau kita dapat meja individual. Daya fokus dan produktiviti kita akan lebih tinggi dalam ruang yang “cukup-cukup” berbanding ruangan yang besar.

#2 GERAK KERJA DAN ETIKA UNTUK ANDA YANG ULANGKAJI BERKUMPULAN.

Adakalanya, seronok jika kita mengulangkaji bersama rakan-rakan. Tetapi, sila ingat bahawa terdapat banyak gangguan kecil akan terjadi apabila anda berada dalam kumpulan.

Selalunya, kebanyakkan sesi ulangkaji berkumpulan akan gagal jika terdapat ahli yang tidak serius. Kejap lagi, mulalah dia ajak bersembang, ajak ronda perpustakaan, tanya bila nak makan. Ini menjadi gangguan besar pada anda yang kena melayan karenah kawan sebegini. Jadi tapislah skuad ulangkaji kita sebaiknya. Kita nak yang betul-betul serius nak belajar sahaja.

Seeloknya, cari bilik atau ruang terpencil perpustakaan untuk ulangkaji berkumpulan. Jika tidak, kemungkinan besar kumpulan kita akan mengganggu keamanan individu lain yang datang untuk belajar dengan tenang. Amalkan sikap bertimbang rasa dalam setiap keadaan.

⛔⛔Rancang sesi ulangkaji sekemas mungkin.⛔⛔


Bagi mendapatkan hasil maksimum, perancangan yang rapi amatlah diperlukan. Kadang-kadang, kita rasa kita dapat belajar dengan baik tanpa perancangan sebelum hadir ke perpustakaan. Ala-ala spontaneous gitu. Hakikatnya, kemungkinan besar kita hanya akan banyak buang masa di perpustakaan nanti. Masa itu baru kita fikir apa nak dirujuk, baru nak cari alat tulis dan baru nak download apps untuk bantu study. Dah terlambat…tengok-tengok, habis 2 jam tanpa hasil.

sediakan jadual waktu aktiviti kita di perpustakaan seketat dan sekemasnya. Contohnya,

9 hingga 11 pagi – ulangkaji Matematik Bab 5.
(Alatan diperlukan : Kalkulator, Pensil, buku rujukan/Latihan & pemadam)
11 hingga 12 tengahari – Rehat.
12 hingga 2 petang – ulangkaji Sejarah Mesopotamia. (Alatan diperlukan : Earphone, Pensil warna, highlighter, kertas kajang & pemadam)
2.15 petang – Balik.

Jadual yang khusus sebegini akan bantu kita untuk membuat tindakan yang betul tanpa perlu berfikir lama.

Baik, kita berhenti di sini dahulu untuk cerita kali ini.

Terima Kasih,
www.cikguazri.com

Artikel Lain

Math Videos

Math video tutorial Easy.Simple.Straight Foward. youtube videos Facebook videos